Saturday, February 25, 2012

MerindukanMu Adik






Suatu petang yang sangat mendamaikan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. IndahNya ciptaan Tuhan. Kita sebagai hambaNya sepatutnya bersyukur dengan segala kurniaanNya. Akan tetapi kita seringkali alpa untuk menghargai apa yang diberi olehNya. 

Aku masih ingat zaman kecilku, keluargaku sangat bahagia. Pendapatan ayah sebagai guru juga tidak banyak. Tetapi hidup kami bahagia. Kami mampu tersenyum, ketawa dan banyak yang kami boleh kongsikan bersama. Aku mempunyai ayah dan ibu yang sangat memahami. Aku dan dua orang adik lelaki ku, kami dijaga bagai minyak yang penuh. Aku masih ingat lagi zaman2 itu. Aku sangat rapat dengan adikku, Atip. Kami main bersama-sama. Banyak yang kami kongsikan. Sehinggakan, ketika adik bongsu kami lahir, seringkali kami membulinya. Sungguh indah zaman itu. Mungkin kerana jarak umur kami yang sangat dekat, kami sungguh rapat ketika kecil. Kami masing2 menjadi pengawas bagi sekola pagi dan petang. Kami mengayuh basikal bersama-sama untuk pergi sekolah, mengaji bersama... Oh.. Indahnya saat itu.

Hubungan kami agak renggang sejak aku melangkah masuk menyambung pengajian ku di sekolah berasrama Tingkatan Satu. Ya, aku mengaku kami jarang berbicara dan tidak serancak waktu kami kecil-kecil dulu. Walaupun begitu, aku masih mebantunya kadangkala untuk menyiapkan kerja sekolah. Hubungan kami kekal tidak serancak zaman kecilku sehingga aku belajar ke peringkat universiti.

Selama ini hidup aku bahagia, tiada masalah memberat datang menyerang...Benarlah kata orang langit tidak selalunya cerah, musibah bertimpa timpa menimpa hidupku. Semua ini terjadi ketika aku masih bertatih untuk membina kerjaya ku. Dengan masalah kerja ditambah dengan masalah keluarga. Sehinggakan sampai satu tahap, masalah kerja bukanlah masalah yang berat. Masalah keluarga lagi berat dari masalah kerja. Masalah keluarga yang berpunca dari seorang adik. Gara-gara dia salah memilih jalan hidup, kelurga turut merasa tempiasnya. Pernah satu tahap aku bekerja macam orang gila, aku dimarahi olaeh rakan-rakan sekerja kerana aku kerja terlalu kuat. Tetapi bukan itu yang terjadi..Demi untuk melupakan rasa sedih yang teramat, kecewa yang tidak berkesudahan, tidak dapat menerima ujian yang diberikan olehNya, aku berkeputusan untuk kerja seperti orang gila. Biarlah apa jua orang sekeliling nak kata apa. Aku tidak mempedulikan. Mereka bilang bahawa aku bodoh untuk berkerja teruk-teruk. Aku tidak pernah amibil hati pun, bahkan apa jua yang mereka bicara, aku jadikannya sebagai pembakar semangat. Mereka tidak tahu ape sebenarnya yang aku alami.

Kisah hidup aku ini bukanlah rekaan. Sama seperti drama-drama melayu. Aku mempunyai impian untuk menyambung pengajianku ke luar negara. Akan tetapi imipanku terpaksa ku ketepikan. Demi keluargaku yang tercinta. Demi ibu bapa yang aku sayangi. Aku tidak sanggup melihat kesengsaraan yang dihadapi mereka. Sebagai seorang anak, aku tidak boleh mementingkan diri. Walaupun aku merasakan aku tidak dapat membalas jasa kedua ibu bapaku, akan tetapi aku berharap aku dapat meringankan beban mereka. Aku tidak kisah jika wang simpananku habis untuk keluarga. Bagi aku, duit boleh dicari, Keluarga tidak boleh diganti.  Apabila melihat ayah aku yang masih mampu tersenyum walaupun banyak masalah yang jadi, aku sangat kagum. Aku menjadikan ayah sebagai idolaku. Walaupun kadangkala air mata ku tidak dapat ditahan, aku masih lihat senyuman ayah. Kerana pengorbanan ayah, dan ibu sebagai tulang pembakar semangat, aku seringkali mengingatkan diri jangan pernah berputus asa. Aku berterima kasih jua sekurang-kurangnya aku mempunyai lagi seorang adik yang bisa diharap. Buat masa ini, adik bongsu ku, aku amanahkan kepadanya untuk melihat ibu dan ayahku di kampung.

Kini, aku belajar untuk menerima semua perkara dengan redha. Tuhan tidak akan mnguji hambaNya jika Dia tahu kita tidak mampu menanganinya. Tuhan pasti ada jawapannya. Cepat atau lambat sahaja. Jangan pernah putus berdoa. Dia sahaja jawapan yang kita ada. Dalam lubuk hatiku, aku berharap semoga keluarga kami akan bahagia seperti dulu. Aku berharap semoga adikku Atip akan kembali menjadi insan yang berguna dan anak yang menyenangkan hati. Semoga Tuhan akan mendengar luahan hatiku untuk membantu aku dan keluargaku menghadapi ujian ini. 



No comments: