Thursday, June 21, 2012

My Heart Saying





~~ My Heart Saying ~~

Life is beautiful 

Hati seorang kakak. Hati seorang anak. Apabila berbicara mengenai kampung, sudah semestinya suatu perkara yang sangat menggembirakan bagi seorang anak. Akan tetapi ianya berbeza bagi diri Miss S. Bagi dirinya, apabila menyentuh soal kampung, ianya boleh menjadi suatu perkara yang menyedihkan. Bagi dirinya, kampung yang menggembirakan hanya wujud pada zaman kanak-kanak dan alam remaja, Setiap manusia yang merasakan ingin lari dari sibuk kota, pasti merasakan kampung adalah tempat yang paling indah untuk mencari ketenangan dan kedamaian. Berbeza bagi Miss S yang merasakan kampung adalah suatu perkara yang menjadi tanggungjawab dirinya sebagai seorang anak dan seorag kakak. Hakikatnya, Miss S selalu berharap bahawa kampung adalah suatu tempat dimana dia boleh mencari ketenangan dan lari dari kesibukan kerja. Tetapi dia sedar bahawa itu adalah angan-angan sahaja. Bagi dirinya, apabila berdepan dengan kampung, dugaan dan cabaran lain yang harus ditempuhi. Dugaan untuk menjadi seorang kakak. Dugaan seorang anak. Dugaan sebenar dalam kehidupan. 
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan disangka muka yang sentiasa nampak tenang, tiada gelojak dalam dirinya. Begitulah Miss S. Bagi dirinya, jika dia mahu mencari ketenangan, dia hanya mampu memanjatkan doa dan meminta kepadaNya supaya dia diberikan kekuatan dan ketabahan hati untuk meneruskan hidup dengan segala cabaran dan ujian yang mendatang. Jujurnya, jauh di lubuk hati Miss S, dia hanya menginginkan sebuah keluarga yang bahagia dan aman. Dia sangat sayangkan keluarganya. Dia sangat kasihkan ibu bapanya. Dia sangat sayang akan adik-adiknya. Dia tidak mengharapkan apa-apa balasan atas segala pengorbanan yang dicurahkan. Cuma dia berharap pada suatu hari nanti ada sinar baru yang wujud dalam keluarganya. Ada sinar kebahagiaan yang terpancar dalam keluarganya. Dan itu hanya akan wujud apabila adik Miss S telah kembali menjadi seorang manusia, seorang anak yang baik, seorang adik yang berguna dan yang paling penting seorang yang taat pada perintahNya. Adik Miss S seolah olah hilang arah, hilang punca dan dia seolah olah tidak tahu membezakan perkara baik dan perkara jahat, Pelbagai cara yang dilakukan, akan tetapi semuanya tidak berkesan. Banyak perkara jahat yang telah dilakukan sehinggakan membuatkan hati seorang kakak sangat terluka. Hati seorang kakak yang sedih melihat adiknya begitu. Apatah lagi hati seorang ayah dan seorang ibu. Bukankah perkara sebegini meremukkan lagi hati mereka. 
Hati insan bergelar Miss S sangat terluka. Sehinggakan Miss S merasakan dia sudah tiada daya lagi untuk berlawan dan berjuang demi adik yang dicintai. Miss S hanya mampu berdoa dan menyerahkan semuanya kepada Tuhan. Semoga Tuhan akan mendengar doa Miss S dan keluarganya. Semoga adik Miss S akan kembali ke pangkal jalan. Dan jika mati sekalipun, Miss S berharap adiknya meniggal dalam iman. Amin..
Miss S percaya akan qada' dan qadar Allah. Diharapkan Miss S akan sentiasa tabah dan jangan putus asa. Senyuman mampu membuatkan Miss S terus bersinar dalam hidupnya. Don't give up my dear !! 

No comments: