Sunday, November 6, 2011

Hidup Insan bergelar Miss S





Life....Hidup...Perjalanan hidup setiap manusia di muka bumi ini berbeza.. Ada di antara mereka yang tidak perlu menempuh banyak dugaan dan cubaan untuk menjejaki tangga kejayaan..Yeahh....Inilah namanya kehidupan...Kehidupan sebenar yang mempunyai pelbagai warna dan corak dalam menghiasi harian hidup manusia...
Aku ingin kongsikan bersama cerita mengenai seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Miss S...Kehidupan Miss S berubah setelah dia menamatkan zaman pengajian. Daripada seorang gadis yang ceria, dia berubah menjadi seorang yang sangat berahsia..Barangkali ini yang dinamakan proses kematangan diri...Dia semakin matang dalam menjalani kehidupan seharian..Pengalaman banyak mengajar dia supaya menjadi manusia yang bertimbang rasa, bertanggungjawab, penyanyang dan saling hormat menghormati...Akan tetapi, ada juga sifat-sifat negatif yang muncul dalam diri Miss S...Dia menjadi seorang yang kurang berkeyakinan, sangat sensitif, takut berdepan denagn realiti..Hurmm...Hakikatnya, ini bukanlah sifat yang tidak baik..Cuma refleksi untuk menjadi seorang yang sangat tabah dan tidak mahu orang lain bersusah kerana dirinya...Dia sanggup merahsiakan banyak perkara dalam hidup dia..Sehinggakan orang-orang disekelilingnya seringkali membuat tanggapan yang salah mengenai dirinya.. Pada luarannya, dia nampak seperti seorang yang sangat tabah dan kuat, walhal dia kerapkali menangis dalam hati..Dia cuba untuk meluahkan rasa sedih, gembira kepada insan2 yang dekat dengan dirinya, dan selalunya ia tidak berhasil..
Mengenai keluarga, banyak yang telah berubah..Bak kata orang2 tua, dalam keluarga mesti akan ada seorang anak yang akan menyusahkan keluarga. Ini adalah dugaan untuk setiap keluarga..Sejak adik Miss S terlibat dengan kancah gejala sosial, kehidupan keluarga banyak berubah. Keluarga yang dahulunya ceria, kini semakin suram. Walaupun kita cuba untuk kembalikan keceriaan keluarga, akan tetapi ianya sukar untuk kembali seperti sediakala. Dan adik Miss S, seperti tidak mahu berubah. Memang benar dia tidak terlibat lagi dengan gejala sosial, tetapi dia seperti tidak mahu berfikir tentang masa depannya. Tidak mahu bekerja tetapi duit setiap hari masuk poket. Aku yakin Miss S pasti berasa sedih yang teramat. Pelbagai cara yg dilakukan Miss S dan keluarga untuk adiknya..Tetapi hasilnya tidak memberangsangkan.Disebabkan maslah adik, ibu bapa Miss S jatuh sakit. Ibu Miss S ada penyakit tekanan darah rendah. Manakala ayah Miss S pandai menyembunyikan penyakit. Miss S tau, ayahnya kurang sihat. Tetapi demi keluarga, ayah sanggup menyembunyikan penyakit. Betapa sedihnya hati seorang anak apabila ayah mengorbankan hidup dengan cara begini. Miss S buntu..Sejak akhir-akhir ini, Miss S kerapkali menangis...Pernah juga dia berfikir untuk lari dari semua yang bersarang dlm hidup dia..Inilah yg dinamakan kehidupan..Hidup seperti roda..
Aku harap semoga Miss S akan terus tabah dlm mghadapi ujian hidup ini..Don't Give Up!!!

2 comments:

jat said...

sar.. sedihnya baca.....
berat mata mandang berat lg bahu mikul rite.

sampaikn salam dekat miss s.

sampaikn pesan kita,
org yg diberi ujian tandanya disayangi Allah.. amat beruntunglah orang yang disayangi Allah berbanding org yg leka dgn senang dunia ni..

sedih...

Nisa' Sar said...

hallo ijat...yeah...kita sbg manusia memang Allah dah tetapkan kan,,ujian dan dugaan...kite pun harap Miss S akan trus tabah!! tq ejat!!