Thursday, November 17, 2011

Takdir Ilahi




Setiap manusia telah ditakdirkan Tuhan jalan hidupnya sendiri. Semua itu telah tertulis olehNya. Kita sebagai manusia, hambaNya harus menerima setiap perkara dengan hati yang redha dan sentiasalah berfikiran positif. Allah tidak akan menguji hambaNya jika Dia tahu kita tidak mampu menangani sesuatu dugaan. Sesungguhnya insan yang diberi ujian tandanya disayangi Allah. Amatlah beruntung insan yang disayangi Allah berbanding dengan insan yang leka dengan kesenangan dunia.

Hidup seorang insan bernama Miss S sangat teruji. Hidupnya memang seperti roda. Inilah yang dinamakan lumrah kehidupan. Atuk yang disayangi Miss S telah pergi jauh malam semalam. Jauh disudut hati terbit rasa terkilan dalam diri Miss S kerana Miss S tidak berkesempatan untuk bersalaman dan menikmati hari-hari terakhir bersama atuk. Miss S tidak berkesempatan untuk mencium tangan atuk semasa Hari Raya Aidiladha gara-gara Miss S terlalu sibuk bekerja. Barangkali ini semua takdir Tuhan. Jalan yang telah tertulis olehNya. Miss S mendoakan semoga roh atuknya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam tempat orang-orang yang beriman. Amin.
Dalam kesedihan mengenai ketiadaan atuk Miss S, ada kesedihan lain yang bertandang. Miss S sangat bersedih kerana perangai seorang adik. Adik Miss S senang dipengaruhi syaitan dan nafsu. Ini semua kerana hatinya yang sudah hitam. Adik Miss S tidak mahu bersembahyang, tidak mahu menunaikan solat. Apabila adik Miss S dalam tekanan, dia akan mengambil drug untuk mengurangkan tekanan. Sesungguhnya Miss S dan keluarga sudah buntu jalan apa yang patut diambil.Adik Miss S pernah ditangkap kerana drug dan dia sudah dijatuhkan hukuman, tetapi adik Miss S seperti tidak mahu berubah. Baru-baru ini, akibat hubungan cintanya yang terjalin selama 5 tahun dengan seorang perempuan tidak kesamapain, adik Miss S kembali mengambil drug. Apa-apa yang berkaitan dengan drug haruslah melibatkan duit. Miss S adan ayah sudah kehabisan wang demi adiknya. Apa lagi yang Miss S harus katakan. Miss S benar benar buntu.Adik Miss S cuba untuk membunuh diri pada malam atuknya pergi menuju Ilahi. Alhamdulillah ayah Miss S sempat pulang untuk menyelamatkan keadaan. Dan yang paling terkilan di hati Miss S, adik Miss S tidak bertemu dengan atuknya pada saat-saat dikebumikan. Hati seorang kakak sangat hancur, seperti melihat keluarganya dalam keadaan terumbang-ambing. Apakah jalan yang terbaik? Ya Allah, tunjukkan lah adik Miss S jalan yang benar, dan bukakanlah hatinya untuk kembali ke pangkal jalan. Aku juga turut berdoa semoga Miss S dan keluarga terus tabah dalam menghadapi ujian hidup ini..




No comments: