SLAM DUNK vs DEAR BOYS
Aku merupakan salah seorang peminat setia japan animation. Bukan sahaja menonton rancangan kartun, bahkan aku turut mengumpul komik-komik nukilan Kaoru dan sebagainya. Antara komik-komik yang aku ada ialah The Fishes, Orange, Siri Maskeret Cinta, Cinderella, Coklat dan banyak lagi. Bolehlah nak dikatakan satu kotak penuh komik aku tu. Bagi aku, watak-watak dalam komik dan animasi jepun ini hidup. Kira memang ade feel la.
Slam Dunk, Dear Boys, Cardcaptor Sakura, Fushiigi Yuuigi, Yu Yu Hakusho, Prince of Tennis, Detective Connan, Please Teacher, Dragon Ball, Sailormoon merupakan antara animasi kegemaranku.
Untuk pertama kalinya, aku ingin menceritakan kepada semua pembaca berkenaan watak kegemaranku dalam sukan bola keranjang. Bagi mereka yang memang mengikuti perkembangan animasi jepun, pasti tahu tentang animasi Slam Dunk dan Dear Boys.Kalau ikut pada rating, Slam Dunk tetap gah di mata semua peminat animasi berbanding Dear Boys.
Slam Dunk menceritakan tentang seorang pelajar tahun satu Sekolah Tinggi Shohoku, Sakuragi Hanamichi yang cintanya sentiasa ditolak 50 kali berturut-turut selama 3 tahun di Sekolah Menengah.Semasa di Sekolah Tinggi Shohoku, dia jatuh cinta pada Akagi Haruko merupakan adik kepada Akagi Takenori, Kapten Bola Keranjang sekolah itu. Demi untuk memenangi hati Haruko, Hanamichi menyertai Kelab Bola Keranjang walaupun dia sebenarnya tidak mempunyai asas dalam sukan tersebut. Tanpa disedari Hanamichi, sebenarnya dia memang cukup berbakat dalam sukan ini. Hanamichi sering mengaggap dirinya "Tensai" or Genius. Tanpa watak Hanamichi, Slam Dunk takkan hidup.Aku sukakan semangat Hanamichi. Walaupun dia suka berlagak hebat, tapi aku terhibur dengan wataknya yang bersahaja. Antara Kaede Rukawa dan Akira Sendoh, aku memilih Sendoh, ace bagi Sekolah Tinggi Ryonan. Kedua-dua mereka memang hebat dalam bola keranjang ni. Sendoh memang kacak. Sempoi jer...Tak serius...Rukawa pula pelajar tahun satu Shohoku. Musuh ketat Hanamichi. Apabila Rukawa dan Hanamichi bergabung, Shohoku memang hebat. Masalahnya Rukawa bersikap dingin dan senyap je..
Dear Boys pulak menceritakan tentang seorang pelajar dan pemain bola keranjang yang hebat merangkap kapten bola keranjang Sekolah Tinggi Tendouji, Kazuhiko Aikawa yang membuat keputsan untuk meninggalkan pasukan itu dan berpindah ke Sekolah Tinggi Mizuho. Di sana, dia bertemu dengan sekumpulan pelajar yang benar-benar cintakan sukan bola keranjang. Dengan adanya Aikawa, pasukan bola keranjang lelaki Mizuho kembali bersemangat untuk memenegi kejuaraan.
Kedua-dua animasi ini tetap menjadi pujaan hatiku. Kedua-duanya mempunyai jalan cerita yang berbeza. Dalam animasi Slam Dunk, ianya berakhir dengan apabila hanamichi berjaya membuat jump shot sebelum Inter High Tournament. Menurut komik, akhirnya Shohoku berjaya mengalahkan Sannoh, Hanamichi cedera tulang belakang dan Rukawa terpilih sebagai All Japan Player. Dear Boys pula menyaksikan Mizuho kalah tipis. Pada asalnya, Dear boys akan di sambung tetapi penulis komik tidak berkesempatan kerana menghembuskan nafas terakhir. Love ANIMAX!!!!
.jpg)



2 comments:
antara Rukawa n Sendoh;
dua2 ku suka~~love~~
tp lebih cket kat Rukawa..sikap cold-blooded tu lah mcairkan ati gue..hahaks
chop Rukawa, yeah!! that's y lah my mail kaede_applelover
hahaha soo childish ~_~
minat kt rukawa r ni..
org kureng kt die coz die tu agak dingin r..hehe...
xde childish r..
ok what... :p
Go Go sendoh !!!!!
Post a Comment