JIKA AKU JATUH CINTA
Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-MU,
untuk mencintai-MU
Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-MU
Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,
izinkanlah aku menyentuh hati
seseorang yang hatinya tertaut pada-MU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang semu
Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari-MU
Ya ALLAH, sesungguhnya aku bermohon
pada-MU untuk selalu mencintai-MU
Doa ini terlalu indah bagiku. Bait-bait kata dalam doa ini membuatkan aku sebak dan terharu. Aku mula jatuh hati pada doa ini sejak aku di zaman sekolah lagi. Pada kala itu, aku tidak terlalu menghayati kata-kata indah doa ini. Berkemungkinan pemikiranku pada waktu itu keanak-anakan. Kini, aku lebih mengerti maksud doa ini. Sehingga ke hari ini tidak pernah wujud seorang lelaki yang hadir dan memberi makna kehadirannya dalam hidupku. Tentu indah perasaan dilamun cinta. Yang pernah hadir dalam hidupku hanyalah minat-minat kosong. Aku akui yang aku pernah jatuh hati pada seorang jejaka yang berusia dua tahun tua dari umurku. Tetapi aku kurang pasti sama ada itu perasaan cinta atau bukan. Yang penting, pada saat itu aku bahagia. Pelbagai perasaan yang aku alami pada saat aku meminati dia. Gembira, sedih.... Itu cerita setahun yang lalu. Bila ku imbas kembali, rasa macam nak tergelak jer. Ada-ada je aku ni..Walau apa yang terjadi, aku tidak pernah menyesal kerana meminati seseorang. Bagi aku, hidup ini tidak cahallenge kalau semua benda yang diidamkan tercapai. Memang indah perasaan apabila kita dilamun cinta. Setelah pasti serasi di jiwa, maka berlangsunglah ikatan pertunangan dan seterusnya pernikahan. Dalam Islam, cinta yang diredhai ALLAH ialah cinta selepas ijab dan kabul. Cinta harus berputik mekar selepas pasnagan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan pernikahan. Hatiku sebenarnya masih ragu untuk menyongsang arus kerana lumrahnya pasangan saling mencintai sebelum mereka melangkah ke alam rumah tangga. Disebabkan faktor inilah aku berhati-hati untuk berkawan. Mungkin setengah orang menganggap aku kolot, tapi inilah jalan yang aku pilih walaupun kadangkala aku terpaksa membelakangkan perasaan sebenarku. Aku tidak pasti sampai bila aku mampu bertahan. Aku berdoa semoga ALLAH sentiasa melindungiku. Walaupun perkahwinan yang dibina atas dasar cinta, masih berantakan juga walhal sudah saling mengenali, seperti serasi di jiwa, inikan pula berkongsi hidup dengan seseorang sebaliknya. Yang penting, aku tidak perlu memikirkan terlalu dalam. Semuanya ku serahkan pada yang Maha Kuasa. Apabila jodohku sudah sampai, pasti aku tidak menolaknya.
2 comments:
banyak berfikir nampaknya..
ok lah, sudah grad..mmg seswaii lah nk difikir2 pasal ni. da jumpe t jgn lupe gtau org keyh ~_*
hihi...
blum grad lg r..
bakal grad...
insayaallah...
t dh jumpe org bgtau ler...
Post a Comment