Usaha + Doa = Tawakkal
Semuanya telah tertulis olehNya. Tak kira baik atau buruk. Kita sebagai hambaNya harus menerima semua perkara yang terjadi dengan hati yang lapang. Sesungguhnya semua perkara yang terjadi pasti ada hikmah. Cepat atau lambat, kita sebagai hambaNya harus sabar dan tabah menanti.
Miss S dan keluarga, semakin tabah menghadapi dugaan hidup ini. Begitu banyak perkara pahit yang terjadi dalam masa 2 tahun ini. Keperitan dan kepahitan semakin dirasai pada tahun 2011. Yeaap.. Tahun 2011 sangat menguji Miss S dan keluarga. Air mata dan kesedihan sudah sebati dengan hidup Miss S dan keluarga. Alhamdulillah, dalam kepahitan melanda, Miss S masih mampu tersenyum. Semua orang dalam hidup ini mempunyai masalah tersendiri. Akan tetapi, aku sangat memahami duka lara Miss S. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Pada awal tahun 2011, Miss S melihat sendiri bagaimana adiknya dibawa polis. Keadaan seperti di dalam drama, tetapi ini adalah realiti. Miss S hampir hampir ingin membatalkan percutian bersama teman-teman rapat pada keesokan harinya, akan tetapi ayah Miss S tidak membenarkan. Di kala itu, walaupun bercuti dan bergembira, sebenarnya hati Miss S sangat tidak tenang. Miss S seringkali termenung apabila berseorangan sehinggakan teman-teman Miss S sedar bahawa rakan mereka ini sedang mempunyai masalah. " Mintak maap korang... aku x bole nak cakap pape.." hati Miss S berkata. Tanggungjawab Miss S sangat berat. Dia lah tempat ibu dan ayah meluahkan masalah keluarga lebih-lebih lagi berkaitan pasal adik. Aku memahami sebab musabab Miss S untuk tidak menceritakan masalah kepada teman2 rapat. Masalah keluarga merupakan masalah yang sangat sensitif. Maruah keluarga harus dijaga.Satu persatu masalah menimpa. Semuanya kerana adik. Miss S tidak menyalahkan adik, cuma Miss S sangat terluka dengan apa yang telah menimpa adik.
Pernah tak dengar bila seseorang itu menghadapi banyak sangat masalah dan masalah yang dihadapi tidak mampu untuk diceritakan kepada sesiapa, mereka akan cenderung untuk mem"bz"kan diri dengan perkara lain semata mata untuk melarikan diri dari menghadapi realiti. Aku tau sebenarnya Miss S kerapkali mem"bz"kan diri dengan bekerja dari pagi sampai ke malam. Semata mata untuk melupakan rasa sedih yang terlampau melanda di dalam diri. Aku sangat kagum dengan semangat kental yang ditunjukkan oleh Miss S. Walaupun jatuh, dia tetap bangkit menghadapi hidup ini dengan berfikiran positif.
Gara Gara seorang adik. Hakikatnya, kenyataannya, adik Miss S menghidapi penyakit kronik. Seorang pesakit tidak mampu menangani penyakitnya tanpa sokongan keluarga. Miss S tidak mampu meneka bilakah adiknya akan sembuh seperti sedia kala. Semuanya telah ditetapkan olehNya. Cabaran Miss S dan keluarga untuk berdepan dengan seorang pesakit tidak mudah. Kesabaran sering teruji. Yang paling penting, aku hanya mampu mendoakn semoga Miss S akan terus tabah menghadapi ujian daripadaNya. Usaha dan Doa dan tawakkal,insyaAllah.... Aminn... T___T








